Friday, March 25, 2011

Tart Buah (Fruit Tart)

Music : I need A Doctor by Dr. Dre ft. Eminem & Liz Rodrigues

Salam, dah lama Izz x blog pasal bakery kan. Maaflah, bukan Izz  x buat lg bakery ni semua tapi sebab banyak resepi2 baru Izz yg tak berapa nak jadi. Nasib baik yg ni jadi. Aduh memang kene pegi kelas baking lg skali nmpknya. Kali ni Izz buat tart buah dgn mak Izz. Memang sedap sgttt! Cepatlah ambil resepi dan cuba.

DSC06898

Kulit Tart

  • 150g     mentega tanpa garam (dilembutkan)
  • 60g       gula ising
  • 140g     tepung gandum
  • 1 biji    telur
  • 100g     badam kisar

Cara :

  • Campur mentega dengan gula dan pukul sehingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan telur, pukul sehingga rata.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Tekan doh ke dalam acuan tart dan rapikan.
  • Bakar pada 185 darjah Celcius selama 10minit.

Krim Kastard

  • 1 biji      telur
  • 3sdb       gula kastor
  • 3sdb       tepung kastard
  • 200ml     susu UHT
  • 1/2 sdt   esen vanilla

Cara :

  • Panaskan susu & esen vanilla dengan api sederhana.
  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung kastard.
  • Tuang separuh dari susu panas ke dalam campuran telur dan gula dan kacau hingga sebati. Masukkan campuran tadi ke dalam susu panas dalam periuk.
  • Kacau hingga sebati dan kastard terbentuk. padamkan api.
  • Isikan kulit tart dengan krim kastard dan hias dengan hirisan buah di atas.

DSC06902 Terliur tak tgk pic nie?

 

p/s : apa lg ye kita nak cube???

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space