Tuesday, May 24, 2011

Manusia

 

Menjadi manusia yg sempurna dikurniakan mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar menyebabkan aku melihat dan mendengar ragam manusia. Bukan niat tok menyibuk tp jika sudah namanya duduk dan berdiri di tanah yg sama aku terpaksa juga melihat dan mendengar. Niat bukan tok mengkritik tp tok aku simpan jadikan pedoman supaya tidak jd seperti manusia ini.

Mata Duitan

Manusia begini mmg ramai tp setelah ku lihat dan dengar dengan mata kepala ku sndri membuatkan aku berfikir duit itu adalah musuh utama manusia. Bila nafsu duit berselimut dalam hati, kaum kerabat dan persaudaraan tidak ada lagi. Si ayah memulaukan anak krna si anak papa kedana. Si anak menipu ayah kerna ayah ada tanah 5 – 6 bidang ada duit 2 – 3 kepuk. Adik dan abang berebutkan tanah sekankang kera. Drama ini membuatkan aku berdoa kpd Yg Esa janganlah jadikan aku seperti mereka, satukan lah adik – adik ku dan jauhkan lah nafsu duit dari mereka.

Mata Bantuan

Manusia ini lebih dasyat dari golongan di atas. Hidupnya tidak miskin tidak juga kurang upaya atau ada cacat celanya tapi setiap bulan mendapat bantuan kerajaan. Punya suami tapi bantuan tok ibu tunggal diambilnya. Seisi rumah lebih besar saiz bajunya dari aku. Aku atau mereka yg miskin? Sanggup berhimpit di dalam rumah yg buruk hanya tok menagih simpati tapi suami – suami tinggal di rumah yg selesa. Setiap bulan dititipnya duit untuk belanja. Perlukah bantuan bukan 1 tapi 2 – 3 bantuan setiap datangnya bulan. Dari rupa mata wang ke barang dapur ke bangunan sebijik. Tidak cukup itu, ditagihnya simpati dengan jiran tetangga konon tok sesuap nasi. Otak ku ligat berfikir manusia ini tidak rasa malukah makan duit dan hak orang lain setiap hari? Tidak ada sekelumitkah perasaan untuk berhenti bergoyang kaki dan mula berjalan?

Mata Melangit

Manusia jenis ini hanya dapat melihat keburukan manusia lain dan kebaikan diri sendiri dan kaum kerabatnya. Cara orang mengaji dikutuk, cara orang mendidik dipersoal, cara orang bersosial dipandang hina. Semua yg hidup di rumah itu lah yg terbaik. Manusia di luar rumah itulah yg jahat. Hidupnya tidak pernah puas jika tidak memandang rendah manusia lain. Mata ku yg melihat hanya dengan pandangan sinis. Biarlah, mungkin ini cara untuk beliau bahagia.

 

Manusia – manusia ini membuatkan aku semakin takut dan insaf. Aku takut jika jadi seperti mereka, jadi ku panjatkan doa tok seisi keluarga ku supaya semuanya baik – baik belaka. Amin.

 

p/s: semua yg di atas tiada kaitan dengan hidup dan yg mati.

Thursday, April 28, 2011

Hypocrisy

 

hypocrite Source : Google

Salam to all readers. Izz tak tahan dengan orang yg hipokrit. Especially when tat ppl is d’one we love. Trust me its really hurt. Di dunia luar  Izz mmg shocked giler2. Sbb Izz nmpk betapa org sanggup bt apa saje tok capai matlamat nya. Sanggup senyum di depan org yg paling dia benci dan sanggup buang kawan jika dia merasakan kawan tu menjadi penghalang. Apa yg Izz nampak itu semua adalah hipokrit. Pernah seorang kawan yg sanggup tipu Izz sbb dia ingat Izz minat kat “boyfriend” dia. Sampai skrg Izz masih rase sakit sbb perlakuan dia. Di depan Izz dia menjadi seorang kawan yg baik tapi rupanya dia anggap Izz sbg musuh cinta dia! Izz x tahu sama ada Izz dah maafkan dia atau belum (sila jgn tanya siapa dia).

Izz paham kite akn berubah sikap bila bersama dgn golongan yg berbeza cthnya sikap kita bila bersama dengan family dan kawan2 adalah berlainan. Itu bukan hipokrit. Bagi Izz hipokrit tok mencapai matlamat tertentu tnp berfikir tentang perasaan org lain amat kejam. Its like friend wit benefit. Kawan bukan krn kite dpt terima dia dengan ikhlas tapi  krn dia ada apa yg kite nak.

HypocriteSource : Google

Baru2 ni perkara hipokrit ini berulang. Ia dilakukan oleh orang yg Izz sayang sangat2. Izz sanggup korbankan nyawa Izz tok dia. Tapi bile benda tu berlaku depan mata Izz, hati ini sakit sangat. Izz bagi contoh yah : orang tu sentiasa marah bila Si A buat benda yg dia x suka tapi bila Si B buat benda yg sama dia hanya tersenyum dan x marah. Malah dia selalu puji Si B seperti Si B adalah malaikat yg turun dari langit. Izz x paham kenapa dia boleh membeza – bezakan Si A & Si B. Sekarang setiap kali Izz nampak orang tu Izz asyik ingat apa yg dia dah lakukan. Izz rasa mual dan benci dengan apa yg telah dilakukan. Izz tahu benci adalah bahasa yg kasar tapi Izz dah x tahan. Hmm mase2 mcm ni lah Izz perlukan Fadzli.

 

p/s : izz baru call fadzli & i feel more relax now.

Monday, April 4, 2011

House Under Renovation!

 

DSC06923

 

DSC06924 

PEMBERITAHUAN!

Kepada sesiapa yang bercadang / ingin bertandang ke rumah Nur Izdihar dan keluarga, sila batalkan hasrat anda kerana rumah dalam keadaan yang tidak terurus untuk masa dan ketika ini.

 

Blog Template by YummyLolly.com
Sponsored by Free Web Space